Tuesday, 27 March 2018

penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga

        Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. Perkara ini, ibubapa atau ketua keluarga ambil peranan penting dalam menyelesaikan masalah yang terjadi kepada keluarga. Malah, orang lebih tua daripada kita seharusnya mencari kaedah penyelesaian yang telah  dihadapinya. Pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut antaranya:

 

  1. MENGUTAMAKAN YANG UTAMA

Hal ini bermaksud membincang perkara yang utama iaitu jangan melibatkan perkara yang remeh temeh dalam konflik keuarga boleh menyebabkan ketegangan atau masalah yang kecil boleh jadi masalah yang besar hanya disebabkan perkara yang remeh temeh akan terjadi perselisihan faham. Selain itu, kita seharusnya mengelak bersikap tidak boleh terima  pendapat orang lain sehingga merasakan diri itu betul serta bersikap tidak profesional dalam setiap pelbagai aspek perkara ini akan meyebabkan ketegangan antara ahli keluarga. Oleh itu, ibubapa perlu meenyemaikan  sikap saling bertolak ansur dan saling menerima pendapat kepada sebagai contoh mendengar segala arahan yang diberi tanpa membantah serta mengajak anak-anak membantu mengemas rumah jika ada kelapangan.Perkara ini boleh mengeratkan silaturrahim.


  2. MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA-SAMA

Masalah yang datang tidak seharusnya kita atasi seorang perlu ada bantuan malah pada berpihak sebelah sana juga. Sikap kerjasama dalam menyelesaikan masalah keluarga amat penting dalam membantu meleraikan masalah. Sebagai contoh apabila terdapat masalah yang dihadapi oleh keluarga ibubapa seharusnya memikirkan bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut serta salah satu pihak tidak seharusnya mengambil mudah atau melepas tangan dalam menangani masalah yang dihadapi. Malah, semua ahli keluarga perlu berkerjasama dalam menyelesaikannya. Sebagai contoh,ibubapa mengajak anak-anaknya berkumpul diruang tamu dan berbincang dengan seeloknya.


3.PERANAN IBUBAPA AMAT PENTING

 Ibu bapa harus menanamkan sikap dan nilai bertanggungjawab dalam diri setiap anak-anak supaya mereka sedar dan faham akan peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Perbalahan sesama ahli keluarga akan dapat dikurangkan kerana masing-masing telah jelas dan faham peranan, tugas serta tanggungjawab yang dipikul. Selain itu, ibu bapa haruslah menanganinya secara adil supaya dapat menjadi contoh kepada anak-anak yang kian membesar. Kebijaksanaan ibu bapa dalam mengagihkan tugasan dan tanggungjawab mengikut keupayaan sebenar anak-anak dapat mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap beban tugas yang diberikan kepada setiap anak 


         Kesimpulannya, setiap masalah yang hadapi akan ada penyelesaiannya. Oleh itu, bertanggngjawab dalam menyelesaikannya. Malahan, komunikasi amat penting dalam perbincangan . Jelaslah, membina keluarga bahagia bukan perkara mudah, akan terjadinya konflik-konflik yang datang menjengah. Oleh itu ahli keluarga perlu bijak mengatasinya.

.  
     


                                

No comments:

Post a Comment

penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga

        Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. P...