Monday, 26 February 2018

tanggungjawab menjadi kepentingan dalam keluarga

TANGGUNGJAWAB KELUARGA BERSAMA.

Imej yang berkaitan

a) contoh yang baik.

Imej yang berkaitanperanan ibubapa amat penting untuk membentuk keluarga yang bahagia. Ibubapa perlulah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak supaya menjadi contoh yang baik untuk anak-anak yang perlu diikuti agar anak-anak dapat aplikasikan kehidupan mereka dengan sikap ibubapa yang menunjukkan perlakuan yang baik. Sebagai contoh mengajak atau mengajar anak-anak mengemas rumah bersama-sama serta mengajar anak mengaji bila waktu magrib. Sikap baik  dapat membentuk anak-anak yang bersikap positif.  Malah, sikap ibubapa yang yang kurang menyenangkan  boleh menjejaskan sikap anak-anak menjadikan anak-anak akan bersikap kurang ajar dan menunjukkan sikap-sikap yang tidak baik. seperti memarahi anak-anak tanpa sebab menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak dihargai dan mereka akan mudah terasa dan cepat memberontak.                                                     .                             


b) perhatian dan kasih sayang ibubapa kepada anak-anak.

Hasil carian imej untuk gambar kasih sayang kepada keluargaKesibukkan keluarga yang mencari nafkah dan tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak menyebabkan anak-anak terbiar dan tidak dapat memberikan kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibbubapa .malah, stastistik telah menunjukkan bahawa hampir 90% ibu yang berkerja  hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Ibubapa seharusnya meluangkan masa dengan keluarga yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Setiap aktiviti yang dilaksanakan untuk keluarga oleh kerajaan haruslah mengambil bahagian agar dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga seperti aktiviti riadah dan reakrasi pada waktu cuti umum.                                                                               .

c) didikan agama dan nilai moral.

Hasil carian imej untuk DIDIKAN AGAMA   Pegangan agama serta nilai moral  yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda iaitu ibubapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti sikap tolong menolong, bersikap berkasih sayang dalam setiap ahli keluarga serta sikap saling menghormati dari muda ke tua. Selain itu,golongan berpendidikan agama dapat mewujudkan persefahaman antara satu sama lain. Malah, kesabaran kerana iman yang tebal dapat mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai dan mengelakkan anak-anak tidak mudah  melatah dengan tekanan hidup apabila diberikan didikan agama dengan sempurna.                                                                                       


.

No comments:

Post a Comment

penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga

        Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. P...