Tuesday, 27 March 2018
Sunday, 11 March 2018
Cara didikan ibubapa kepada anak-anak
Didikan sempurna adalah ibubapa yang bijak mendidik dan mengasuh anak-anak dalam kearah kebaikan. Oleh itu, sikap atau peranan atau cara ibubapa amat penting dalam mendidik anak-anak dengan sempurna. antara sikap yang perlu ada dalam diri ibubapa adalah sikap penyayang, sikap tolong menolong, sikap berkerjasama serta sikap-sikap yang positif yang mendatangkan kebaikan kepada anak-anak serta ibubapa perlu bertanggungjawab untuk mencorak anak-anak menjadi insan yang berguna dengan menyemaikan nilai murni dan menjadikan diri mereka sebagai contoh yang paling unggul. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri yang harus dimulakan seawal usia anak-anak kerana ketika masih kecil lagi mereka sudah mula mengenal dan meniru peranan, tugas dan tanggungjawab ibu, bapa, abang, kakak serta orang dewasa yang wujud pada persekitaran mereka melalui aktiviti seperti main pondok-pondok bersama rakan sebaya.
CARA-CARA MENDIDIK ANAK DENGAN SEMPURNA
Ibu bapa sebagai pembimbing harus memainkan peranan yang penting kerana bukan semua anak-anak memerlukan pendekatan yang sama.
Ibubapa haruslah peka dengan perubahan ini kerana mungkin ada di antara ibu bapa mendapati mendidik anak bongsu tidak sama sebagaimana abang atau kakak-kakaknya yang terdahulu.
Mereka perlu diberi kesedaran dan kefahaman bahawa ibu bapa atau orang dewasa tidak boleh berada di sisi mereka pada setiap masa tetapi sebagai ibubapa yang mereka perlu memikirkan dan meluangkan masa dengan anak-anak mereka diabaikan
Ibubapa seharusnya menjelaskan kepada anak-anak bahawa menggalakkan mereka untuk berdikari, seperti membiarkan anak-anak mereka belajar sendiri agar mereka dapat merasai setiap apa yang dipelajari. Selain itu, menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan supaya 'detik mudah ajar' yang dilalui oleh anak-anak iaitu dalam usia dua, tiga tahun berjaya menyemaikan tabiat serta nilai baik untuk menguruskan diri sendiri.
Ibubapa perlu menunjukkan sikap yakin dan percaya kepada keupayaan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh anak-anak.
Tegur dan bimbinglah mereka agar mereka melakukan setiap tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Berikan galakan dan pujian sekiranya mereka telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh.
ibu bapa harus menanamkan sikap dan nilai bertanggungjawab dalam diri setiap anak-anak supaya mereka sedar serta faham akan peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga
Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. P...
-
TANGGUNGJAWAB KELUARGA BERSAMA. a) contoh yang baik. peranan ibubapa amat penting untuk membentuk keluarga yang bahagia. Ibubapa perl...
-
Didikan sempurna adalah ibubapa yang bijak mendidik dan mengasuh anak-anak dalam kearah kebaikan. Oleh itu, sikap atau peranan atau cara ...
-
Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. P...