sehati sejiwa keluarga bahagia
Tuesday, 27 March 2018
Sunday, 11 March 2018
Cara didikan ibubapa kepada anak-anak
Didikan sempurna adalah ibubapa yang bijak mendidik dan mengasuh anak-anak dalam kearah kebaikan. Oleh itu, sikap atau peranan atau cara ibubapa amat penting dalam mendidik anak-anak dengan sempurna. antara sikap yang perlu ada dalam diri ibubapa adalah sikap penyayang, sikap tolong menolong, sikap berkerjasama serta sikap-sikap yang positif yang mendatangkan kebaikan kepada anak-anak serta ibubapa perlu bertanggungjawab untuk mencorak anak-anak menjadi insan yang berguna dengan menyemaikan nilai murni dan menjadikan diri mereka sebagai contoh yang paling unggul. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri yang harus dimulakan seawal usia anak-anak kerana ketika masih kecil lagi mereka sudah mula mengenal dan meniru peranan, tugas dan tanggungjawab ibu, bapa, abang, kakak serta orang dewasa yang wujud pada persekitaran mereka melalui aktiviti seperti main pondok-pondok bersama rakan sebaya.
CARA-CARA MENDIDIK ANAK DENGAN SEMPURNA
Ibu bapa sebagai pembimbing harus memainkan peranan yang penting kerana bukan semua anak-anak memerlukan pendekatan yang sama.
Ibubapa haruslah peka dengan perubahan ini kerana mungkin ada di antara ibu bapa mendapati mendidik anak bongsu tidak sama sebagaimana abang atau kakak-kakaknya yang terdahulu.
Mereka perlu diberi kesedaran dan kefahaman bahawa ibu bapa atau orang dewasa tidak boleh berada di sisi mereka pada setiap masa tetapi sebagai ibubapa yang mereka perlu memikirkan dan meluangkan masa dengan anak-anak mereka diabaikan
Ibubapa seharusnya menjelaskan kepada anak-anak bahawa menggalakkan mereka untuk berdikari, seperti membiarkan anak-anak mereka belajar sendiri agar mereka dapat merasai setiap apa yang dipelajari. Selain itu, menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan supaya 'detik mudah ajar' yang dilalui oleh anak-anak iaitu dalam usia dua, tiga tahun berjaya menyemaikan tabiat serta nilai baik untuk menguruskan diri sendiri.
Ibubapa perlu menunjukkan sikap yakin dan percaya kepada keupayaan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh anak-anak.
Tegur dan bimbinglah mereka agar mereka melakukan setiap tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Berikan galakan dan pujian sekiranya mereka telah menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh.
ibu bapa harus menanamkan sikap dan nilai bertanggungjawab dalam diri setiap anak-anak supaya mereka sedar serta faham akan peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Monday, 26 February 2018
tanggungjawab menjadi kepentingan dalam keluarga
TANGGUNGJAWAB KELUARGA BERSAMA.
a) contoh yang baik.
peranan ibubapa amat penting untuk membentuk keluarga yang bahagia. Ibubapa perlulah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak supaya menjadi contoh yang baik untuk anak-anak yang perlu diikuti agar anak-anak dapat aplikasikan kehidupan mereka dengan sikap ibubapa yang menunjukkan perlakuan yang baik. Sebagai contoh mengajak atau mengajar anak-anak mengemas rumah bersama-sama serta mengajar anak mengaji bila waktu magrib. Sikap baik dapat membentuk anak-anak yang bersikap positif. Malah, sikap ibubapa yang yang kurang menyenangkan boleh menjejaskan sikap anak-anak menjadikan anak-anak akan bersikap kurang ajar dan menunjukkan sikap-sikap yang tidak baik. seperti memarahi anak-anak tanpa sebab menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak dihargai dan mereka akan mudah terasa dan cepat memberontak. .
b) perhatian dan kasih sayang ibubapa kepada anak-anak.
Kesibukkan keluarga yang mencari nafkah dan tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak menyebabkan anak-anak terbiar dan tidak dapat memberikan kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibbubapa .malah, stastistik telah menunjukkan bahawa hampir 90% ibu yang berkerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Ibubapa seharusnya meluangkan masa dengan keluarga yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. Setiap aktiviti yang dilaksanakan untuk keluarga oleh kerajaan haruslah mengambil bahagian agar dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga seperti aktiviti riadah dan reakrasi pada waktu cuti umum. .
c) didikan agama dan nilai moral.
Pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda iaitu ibubapa haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti sikap tolong menolong, bersikap berkasih sayang dalam setiap ahli keluarga serta sikap saling menghormati dari muda ke tua. Selain itu,golongan berpendidikan agama dapat mewujudkan persefahaman antara satu sama lain. Malah, kesabaran kerana iman yang tebal dapat mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai dan mengelakkan anak-anak tidak mudah melatah dengan tekanan hidup apabila diberikan didikan agama dengan sempurna.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga
Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. P...
-
TANGGUNGJAWAB KELUARGA BERSAMA. a) contoh yang baik. peranan ibubapa amat penting untuk membentuk keluarga yang bahagia. Ibubapa perl...
-
Didikan sempurna adalah ibubapa yang bijak mendidik dan mengasuh anak-anak dalam kearah kebaikan. Oleh itu, sikap atau peranan atau cara ...
-
Setiap manusia akan mengalami masalah dan tekanan-tekanan dalam sesebuah keluarga. Contohnya dari segi ekonomi,sosial dan mental. P...